Kehadiran Melayu berdarah keturunan Bugis di Tawau
Wujudnya masyarakat Melayu berketurunan darah campuran Bugis di Tawau telah bermula sejak dahulu lagi. Kedatangan perantau dari Tanah Bugis ke Tawau untuk mencari rezeki iaitu ketika Tawau... menjadi sumber ekonomi kepada Kerajaan Syarikat Borneo British. Perantau ini telah menetap di Tawau dan berkahwin dengan masyarakat Melayu lain seperti Suluk dan Tidung dan menjadi sebahagian dari masyarakat Melayu Tawau. Misalnya Ampong Kerahu ( Bugis ) yang berkahwin Kee Safiah ( Cina Suluk ) dan mewujudkan ramai keturunan Melayu hingga ke hari ini. Masyarakat Bugis yang terdahulu semuanya telah bercampur baur keturunan mereka dengan masyarakat Melayu lain dalam tempoh yang lama dan mereka sudah tidak menganggap diri mereka sebagai orang-orang Bugis tetapi sebagai orang-orang Melayu. Mereka hanya tahu bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat dan budaya Melayu Tawau. Selain itu, mereka juga tidak berasal dari keturunan warganegara Indonesia kerana keturunan mereka wujud dan berhijrah ke Tawau jauh lebih awal sebelum kewujudan negara Indonesia pada 1947 lagi. Mereka telah berada di sini sebelum era pendudukan tentera Jepun lagi dan turut bersama rakyat Melayu tempatan yang lain merasai penderitaan dalam pemerintahan kuku besi tentera Jepun ketika tahun 1941 hingga 1945. Berbanding dengan rakyat Indonesia ( Bugis, Toraja, Timur, Butun ) yang datang ke Tawau setelah Tawau maju sebagai pusat ekonomi perladangan, mereka yang digelar masyarakat tempatan ini tidak boleh disamakan dengan rakyat Indonesia bersuku Kaum Bugis yang berstatus imigran dari negara luar.
Manakala seperti yang diketahui umum, kewujudan rakyat Indonesia berbangsa Bugis di Tawau dan Sabah umumnya, tidak dapat disangkal lagi kerana Tawau adalah pintu masuk ke negara Malaysia yang makmur dengan hasil ekonomi dan peluang pekerjaan yang amat luas kepada rakyat berbanding negara Indonesia yang terlalu padat penduduknya. Bugis di Tawau boleh dibahagi kepada 2 kategori iaitu Melayu keturunan Bugis dan Bugis Tulen. Bugis Tulen adalah berbeza dengan Melayu Bugis.
Melayu Bugis ialah berasal dari kumpulan perantau lelaki kaum Bugis yang datang menetap di Tawau dan berkahwin dengan masyarakat tempatan. Mereka tidak lagi bertutur dalam bahasa Bugis dan tidak mengamalkan adat resam Bugis sebaliknya hanya tahu berbahasa Melayu dan mengamalkan adat tradisi dan cara hidup Melayu Tawau. Sama seperti Masyarakat Melayu keturunan Arab yang tidak tahu berbahasa Arab, masyarakat Melayu keturunan Bugis juga tidak tahu berbahasa Bugis. Masyarakat melayu Bugis ini adalah sebahagian dari masyarakat Melayu. Oleh yang demikian, mereka senang bergaul dengan sesama bangsa Melayu dan anak anak mereka bebas berkahwin di kalangan bangsa Melayu.
Mengikut Sejarah Tawau, 3 kumpulan perantau Bugis ini di antaranya ialah:
Penghulu Puado ( seorang peniaga berbangsa Bugis Wajo yang berniaga di antara Banjarmasin dan Sandakan) mengetuai 25 lelaki terdiri Bugis, Suluk, Bajau dan Tidung dari Sandakan untuk membuka penanaman di Tawau atas galakan Residen Inggeris, William Fryer di Sandakan.[4]
Daeng Passawa atau Pengeran Kuning bersama orang-orang dan ahli keluarganya (masyarakat Bugis Wajo yang menetap di sekitar Samarinda selama ratusan tahun) dari Kutei di Kalimantan Timur, yang bertindak atas arahan Belanda yang juga mahu menguasai kawasan penempatan di Tawau.
Daing Mepata yang mengetuai 85 orang lelaki Bugis Wajo dari Sengkang di Sulawesi Selatan untuk membuka kawasan penanaman kelapa pada di Tawau Lama sekitar tahun 1900an.[5]
Semua lelaki Bugis ini telah berkahwin dengan masyarakat tempatan dan mengamalkan adat dan budaya hidup setempat iaitu adat Melayu. Misalnya Daeng Mepata telah berkahwin dengan gadis Bajau-Suluk Tawau dan anaknya Daeng Kerahu berkahwin dengan gadis Bugis-Suluk Tawau. Ahmat Mepata dan Jainal Kerahu adalah antara orang orang keturunan Melayu Berdarah Campuran Bugis yang dikenali di Tawau dan banyak berjasa kepada masyarakat Melayu Tawau. Serang Saman adalah orang Melayu keturunan Bugis-Suluk yang berkhidmat di pejabat daerah dan pejabat residen Inggeris bersama sama pemimpin pemimpin Melayu lain seperti Kee Abdullah, Imam Mustafa dan Habib Sheikh sekitar tahun 1900an hingga 1920an ( Rujuk : Buku 'Borneo Under The Sun' , Nicholas Chung , Natural History Publication , 2005 ) . Hari ini banyak keturunan daripada Serang Saman ini menjadi sebahagian dari ahli masyarakat Melayu di Tawau. Mereka tidak lagi menganggap diri sebagai orang Bugis kerana keturunan mereka sudah bercampur baur dan berkahwin sesama orang-orang Melayu dari keturunan lain seperti Melayu Banjar, Melayu Jawa, Melayu Peranakan Arab, Melayu Suluk dan Melayu Tidung. Masyarakat Melayu Tempatan di Tawau adalah rumpun Melayu dari pelbagai keturunan seperti Melayu Tidung, Melayu Arab, Melayu Banjar, Melayu Jawa, Melayu Bugis , Melayu Suluk , Melayu Iban Muslim dan lain lain lagi.
( Nota : Menurut sejarah, kewujudan masyarakat Bugis Wajo di daerah Kesultanan Kutai di timur Kalimantan adalah bermula seawal kurun ke 15 iaitu selepas berlakunya Perjanjian Bungaya pada 18 November 1667. Perjanjian Bungaya ini ialah perjanjian yang terpaksa ditandatangani oleh Kerajaan Gowa ( Sultan Hassanudin ) selepas dikalahkan oleh angkatan laut Belanda ( Laksamana Speelman ) yang dibantu oleh orang-orang Bugis Bone ( Arung Palakka ) yang menyerang dari darat. Sebahagian orang-orang Bugis Wajo yang menyokong kerajaan Gowa tidak mahu tunduk dan patuh terhadap isi perjanjian Bungaya tersebut, mereka tetap meneruskan perjuangan melawan Belanda. Ada pula yang berhijrah ke tempat lain termasuklah ke daerah Kesultanan Kutai iaitu rombongan yang dipimpin Pua Ado yang pertama. Kedatangan orang-orang Bugis Wajo dari Kerajaan Gowa itu diterima dengan baik oleh Sultan Kutai. )

Kehadiran Bugis Indonesia di Tawau
Bugis tulen di Sabah ini sangat mementingkan akar umbi keturunan mereka. Mereka ini adalah sangat berbeza dan tidak sama seperti masyarakat Melayu yang mempunyai darah keturunan Bugis. Ini menyebabkan Bug...is Tulen ini lebih bersifat mengutamakan kaum atau bangsa sendiri dan mereka tidak suka berkahwin dengan masyarakat Melayu yang ada di Tawau. Bangsa Bugis di Tawau ini sangat menekankan adat dan tradisi Bugis dalam kehidupan mereka dimana adat Bugis mereka ini yang sama diamalkan di Indonesia ini sangat berbeza dengan adat Melayu. Ini menyebabkan cara kehidupan mereka sukar diterima oleh masyarakat Melayu tempatan. Mereka juga lebih suka berhubungan rapat dengan saudara mereka yang masih terdapat ramai di Sulawasi Selatan. Bugis tulen ini sebenarnya adalah masyarakat Bugis Indonesia yang datang mencari kerja di Tawau selepas kewujudan negara INDONESIA. Pada asalnya, jumlah pekerja Bugis Indonesia ini agak terkawal kerana mereka sebenarnya dijemput untuk bekerja di ladang ladang koko, kelapa sawit dan kem kem pembalakan. Namun, setelah Tawau menjadi lubuk pekerjaan yang bergaji lumayan, kehadiran bangsa Bugis Indonesia sudah tidak terkawal. Jumlah mereka ini semakin bertambah hingga ke hari ini sehingga mencecah ratusan ribu orang di seluruh negeri Sabah.
Kehadiran mereka dalam jumlah yang terlalu ramai di Tawau begitu menyesakkan. Walaupun mengundang simpati dengan kesusahan hidup mereka di negara mereka di Indonesia namun dengan sikap sebahagian kecil daripada mereka yang suka mengambil kesempatan dan melakukan penipuan untuk kepentingan diri, mengundang pula banyak masalah kepada masyarakat tempatan. Sebab itulah, mereka dicurigai dan sukar dipercayai walaupun diterima atas dasar kemanusiaan oleh masyarakat tempatan. Mereka kebanyakan tinggal di kawasan penempatan tidak sah yang tidak diwartakan sebagai kampung seperti di kawasan perairan bakau atau di hutan hutan simpan berdekatan bukit. Di Sabah, bangsa Bugis ini tidak diiktiraf sebagai penduk peribumi ( natives ) dan diberikan syarat yang ketat dalam pemilikan Tanah. Bugis Indonesia dapat dibezakan dengan Melayu Bugis ialah melalui nama mereka. Nama nama Bugis di antaranya ialah seperti Bachok, Ambok, Beche, Beddu, Bula, Bolong, Patawari, Mapiase dan Picho. Namun, anak anak mereka sudah tidak lagi menggunakan nama nama Bugis sebaliknya menggunakan nama nama Melayu seperti masyarakat Melayu tempatan. Loghat pertuturan Bugis Tulen atau Bugis sIndonesia ketika menggunakan bahasa Melayu juga berbeza dengan loghat Melayu tempatan namun anak anak mereka sudah malu untuk bertutur menggunakan loghat Bugis Tulen sebaliknya bertutur menggunakan loghat Melayu Tawau tidak seperti ibu bapa mereka yang pekat menggunakan loghat Bugis mereka selain bertutur dalam bahasa Bugis sendiri yang tidak difahami oleh masyarakat tempatan.
Sebenarnya orang orang Bugis ini berasal dari Sulawesi Selatan, Indonesia. Kewujudan mereka di Sabah adalah sejak abad ke-19, iaitu ketika wilayah Tawau menjadi sebahagian daripada kawasan jajahan orang-orang Inggeris iaitu melalui Syarikat (Berpiagam) Borneo Utara. Mengikut catatan The North Borneo Annual Volume (1955-1965) menyatakan sistem pentadbiran bermula pada tahun 1898, iaitu berikutan langkah-langkah pihak Syarikat (berpiagam) Borneo Utara membuka sebuah penempatan di Tawau dan seterusnya mengadakan asas-asas pentadbiran kerajaan tempatan di situ. pada 1947.( Rujuk : Sejarah Penghijrahan Bugis dari Sulawesi selepas Kemerdekaan Indonesia 1947 ). Namun kehadiran perantau Bugis ini tidaklah ramai dan mereka semuanya telah menjadikan diri mereka menjadi sebahagian masyarakat Melayu Tawau. Mereka berkahwin dengan penduduk peribumi tempatan seperti Tidung dan Suluk dan tidak lagi berbahasa Bugis dan mengamalkan adat dan cara hidup Melayu Tawau. Misalnya, Serang Saman, seorang yang mahir dalam pengendalian urusan di pelabuhan telah dilantik oleh kerajaan British untuk menjawat jawatan di pejabat residen bersama sama Penghulu Tawau ( OKK ) iaitu OKK Kee Abdullah. Keturunan Serang Saman ini masih wujud di Tawau hingga ke hari ini dan menganggap diri mereka adalah orang orang Melayu Tawau yang mengamalkan adat dan budaya Melayu. Mereka juga tidak tahu berbahasa Bugis dan tidak ada hubungan dengan rakyat di Indonesia kerana mereka adalah rakyat Malaysia sepenuhnya yang pernah memperjuangkan bangsa Melayu ketika zaman Jepun dan penyatuan bangsa Melayu sebelum merdeka dari penjajahan British. Mereka bersama sama Datuk Abu Bakar Titingan, Penghulu Jainal Kerahu dan ramai lagi pemimpin Melayu bersatu di bawah PKMT ( Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu ) pada 1945 dan seterusnya bersatu di bawah USNO ( Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu ) pada 1961.
Namun setelah kemerdekaan Sabah melalui Malaysia pada 1963, telah muncul kehadiran warga-warga indonesia dari bangsa Bugis ke Tawau. Kesukaran mencari pekerjaan di Indonesia menyebabkan mereka sanggup meninggalkan tanah air mereka menggunakan kapal untuk datang mencari rezeki di Tawau yang menjanjikan kehidupan yang lebih menjamin kesenangan. Kehadiran mereka di Sabah asalnya adalah sebagai warga buruh yang bekerja di ladang-ladang koko, ladang-ladang kelapa sawit dan juga di kem-kem pembalakan. Umumnya, masyarakat Indonesia di Sabah, majoritinya adalah daripada kalangan Bugis.( Rujuk : Bancian Data Pekerja Asing di Sabah ). Tak kiralah yang masih memegang pasport pekerja, bekerja secara tidak sah ataupun yang diberikan taraf warganegara Malaysia.

Perbezaan Melayu Tawau dengan Bugis asli
Melayu Tawau ialah masyarakat Melayu yang wujud di Tawau sebelum zaman penjajahan lagi dan sebelum zaman pendudukan tentera Jepun di Borneo Utara. Manakala Bugis asli yang merupakan pendatang dari I...ndonesia yang datang ke Tawau setelah kewujudan negara Indonesia. Di Indonesia, mereka dikenali sebagai bangsa Bugis mengikut daerah masing-masing seperti Bugis Rappang, Bugis Bone, Bugis Enrekang dan sebagainya manakala di Sabah mereka diwartakan sebagai bangsa Indonesia sama seperti bangsa Toraja dan Timor yang juga berasal dari Indonesia dan datang ke Tawau ketika zaman kepadatan penduduk dan permasalahan ekonomi di selatan Sulawesi. Walaupun masyarakat Melayu Tawau ada yang berdarah campuran Bugis tetapi mereka tidak tahu langsung bertutur dalam bahasa Bugis sebaliknya hanya tahu bertutur dalam bahasa Melayu Loghat Tawau dan mengamalkan adat tradisi Melayu serta patuh kepada ajaran dan amalan agama Islam yang suci, diwarisi dari nenek moyang mereka yang sememangnya tinggal di Tawau sejak beberapa generasi dahulu. Sebaliknya masyarakat Bugis Asli yang merupakan kumpulan imigran dari negara Indonesia ini masih mengamalkan adat yang diamalkan ketika mereka hidup Indonesia. Mereka sangat patuh kepada adat mereka yang berlainan dengan adat masyarakat Melayu. Perkampungan Bugis Asli ini banyak tertumpu di kawasan perumahan sempit yang dahulunya merupakan tanah kerajaan ( setinggan ) seperti di kawasan bekas bakau di Tanjung Batu Laut, kawasan bekas bakau di Pasir Putih dan kawasan lereng bukit di sekitar Bukit Kukusan. Selain itu banyak juga kawasan perumahan sempit di beberapa kawasan sekeliling lapangan terbang lama Tawau yang ditinggalkan seperti di Sri Menanti, Kampung Sentosa dan Kampung Toraja.

No comments:
Post a Comment